Gandingan beberapa pelakon terkenal suatu ketika dahulu seperti Anthony Hopkins dan juga bintang ternama seperti Brad Pitt, Aidan Quinn, Henry Thomas dan Julia Ormond.
Anthony Hopkins memegang watak sebagai Sir Colonel William Ludlow. Bapa kepada 3 orang anak lelaki iaitu Alfred (Aidan Quinn), Tristan (Brad Pitt) dan Samuel (Henry Thomas). Brad Pitt sebagai Tristan. Anak ke-2Julia Ormond sebagai Susannah. Merupakan tunang kepada adik Tristan iaitu Samuel.Aidan Quinn (kiri). Merupakan abang sulung kepada Tristan dan Samuel.Henry Thomas (Samuel). Adik paling bongsu.Filem ini dikatakan berdasarkan sebuah kisah benar yang pernah berlaku di Utara Amerika Syarikat dalam awal abad ke-20 . Tristan merupakan anak yang paling disayangi oleh Colonel Ludlow dan juga disukai oleh seorang anggota keluarga Red Indian yang tinggal bersama-sama dengan mereka yang digelar sebagai 'One Stab'.
One Stab banyak menunjuk ajar kepada Tristan tentang kemahiran berburu kerana Tristan dilihat mempunyai kemahiran tersebut sejak kecil. Kisah bermula apabila Samuel terkorban di dalam Perang Dunia pertama. Tristan yang diburu rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan adiknya tersebut telah membawa diri selama bertahun-tahun. Dia mengembara ke serata benua dan dikatakan pengembaraannya sehingga ke benua Asia.
Semasa mengembara, Alfred telah berkahwin dengan bekas tunang adiknya iaitu Susannah (Julia Ormond). Walaubagaimanapun, Susannah sebenarnya masih menaruh hati kepada Tristan walaupun mereka telah bertahun-tahun terpisah.
Lebih kurang 7 tahun mengembara, Tristan akhirnya pulang ke pangkuan keluarga di mana ketika itu ayahnya, Colonel Ludlow telah diserang stroke sejak beberapa tahun lepas. Colonel Ludlow amat terharu menerima kepulangan anak kesayangannya tersebut.
Suatu hari, Tristan datang melawat Susannah di kediamannya. Susannah tinggal bersama suaminya iaitu Alfred di sebuah kediaman yang mewah. Namun ketika itu, Alfred tiada di kediaman, lalu Tristan hanya bertanyakan khabar Susannah dan menyampaikan ucapan tahniah di atas perkahwinan mereka. Sambil itu, Susannah dilihat sebak apabila Tristan hendak beredar sejurus selepas dia menyampaikan ucapan tersebut.
Keluarga Red Indian yang tinggal bersama Colonel Ludlow mempunyai seorang anak gadis yang semakin meningkat dewasa. Gadis ini bernama Isabel II, mengambil nama sempena nama ibu kepada Alfred, Tristan dan Samuel, yang juga bernama Isabel. Colonel Ludlow amat menyayangi Isabel II dan menganggapnya seperti anaknya sendiri.
Akhirnya Tristan dan Isabel II jatuh cinta dan berkahwin. Mengetahui berita ini, Susannah berasa amat kecewa. Tidak lama selepas itu, Tristan dikurniakan 2 orang cahaya mata dan anaknya yang pertama diberi nama Samuel bagi mengenang adiknya iaitu Samuel yang telah terkorban di dalam perang.
Keluarga Colonel William tidak disenangi oleh beberapa orang suruhan kerajaan yang banyak melakukan penyelewengan di dalam tugas. Mereka digelar sebagai adik-beradik O' Banion dan mereka amat tidak sukakan keluarga Red Indian yang disyaki dilindungi oleh Colonel Ludlow.
Suatu hari, salah seorang orang suruhan O'Banion telah menembak mati isteri Tristan iaitu Isabel II secara tidak sengaja. Pada ketika itu, Alfred telah bekerja di bandar bersama-sama dengan adik-beradik O' Banion dengan menjalankan perniagaan dalam bidang penternakan. Alfred telah meminta maaf kepada Tristan dan memintanya agar tidak melakukan apa-apa terhadap O'Banion. Walaubagaimanapun, Tristan, One Stab dan Decker iaitu ayah kepada Isabel II telah pun berpakat untuk membunuh salah seorang O'Banion kerana dia merupakan perancang yang menyebabkan Isabel II terbunuh.
Kematian Isabel II membuatkan Colonel Ludlow amat marah hinggakan dia tidak mahu langsung melihat ke wajah anaknya iaitu Alfred yang bekerjasama dengan orang suruhan kerajaan tersebut.
Sementara itu, Susannah yang patah hati dengan pengakuan Tristan yang masih menyayangi Isabel II semasa melawatnya yang dipenjarakan kerana menyerang orang suruhan O'Banion yang membunuh isterinya, pulang ke rumah dan akhirnya membunuh diri.
Selepas tamat tempoh penjara beberapa hari kemudian, strategi yang dirancang untuk membunuh salah seorang adik-beradik O'Banion diteruskan dan akhirnya mereka berjaya membunuh salah seorang adik-beradik O'Banion tersebut.
Dalam masa yang sama, mayat Susannah di bawa pulang untuk dikebumikan di suatu kawasan, tidak jauh dari tempat pengkebumian Samuel dan Isabel II.
Beberapa hari kemudian, salah seorang adik-beradik O'Banion datang untuk membalas dendam di atas kematian salah seorang saudara mereka. Ketika itu, Tristan dan Decker hampir dibunuh apabila masing-masing diacukan dengan senjata. Namun, Colonel Ludlow yang lumpuh separuh badannnya tiba-tiba keluar dan dengan menggunakan segala kekuatan yang ada, melaraskan senapang lalu menembak 2 orang suruhan kerajaan termasuk seorang O'Banion. Seorang lagi orang suruhan kerajaan hampir membalas tembakan Colonel Ludlow namun Alfred telah datang tepat pada masanya untuk membunuh rakan sejawatnya itu. Akhirnya Tristan dan Colonel Ludlow terselamat.
Pada malam itu ,ke semua mayat-mayat orang suruhan kerajaan tersebut dicampak ke dalam lembah yang tidak terdapat manusia tinggal di sana bersama-sama dengan kenderaan mereka. Beberapa tahun berlalu, Tristan hidup lama sehingga menjadi seorang lelaki tua tetapi masih gagah berburu di hutan. Kemahirannya berburu juga masih baik pada ketika itu. Tristan akhirnya mati diserang oleh seekor beruang liar ketika berburu. Kisah ini diceritakan semula oleh 'One Stab' yang pada ketika itu masih lagi hidup walaupun telah tersangat tua.