Wednesday, 25 February 2015

Aku terus mensyukuri semalam berbanding hari ini

Sejujurnya aku terus mensyukuri dan merindui setiap hari yang berlalu berbanding hari ini. Bila teman-teman bertanya tentang siapakah orangnya yang istimewa di dalam hidupku, dan aku berkata bahawa aku tiada sesiapa yang istimewa, ramai di kalangan mereka yang tidak percaya. Itu hanya andaian manusia. Andaian manusia tidak selalu benar. Walau seribu manusia bercakap perkara yang sama, tetap ia tidak semestinya benar. Hanya yang ahli dan arif sahaja yang dapat mengesahkan kebenarannya. Semenjak itu, aku jarang menyesal. Dan jarang juga berasa seperti rumput lalang yang tidak tetap.


Kalaulah aku tahu bagaimana untuk berubah..Aku tahu, mungkin aku belum bersedia untuk memberi dan juga menerima cinta. Cinta itu anugerah tuhan. Dan Dia memberikan kepada yang layak. Jika aku punya cinta , lalu aku mensia-siakannya, bukankah ia amat buruk kesannya. Tetapi aku tetap terus belajar akan erti kehidupan ini. Aku sentiasa akan ingat perjuangan dan pengorbanan seorang insan yang amat bermakna di dalam hidupku.

Hidup ini matlamat sebenar kita semua adalah untuk mengurangkan dosa atau memperbanyak amal soleh. Boleh pilih salah satu kalau tidak mampu buat kedua-duanya. Kalau nak mencapai 'zero' dosa, kita ni bukan taraf Nabi ataupun wali. Agak-agak kalau kita dah bertaubat dan dosa dengan Allah kita rasa seolah telah habis dan kita pun rasa seperti dilahirkan, agak-agak semua dosa kita terhapus kah? Bagaiamana dosa dengan makhluk? Yakin kah kita langsung tiada dosa dengan makhluk sejak kita dilahirkan?

Makhluk-makhluk ini lah yang akan tuntut dengan kita nanti. Jadi kalau kurang dosa, ditambah dengan dosa makhluk-makhluk yang telah kita menganiaya atau melakukan dosa terhadapnya, kurang lah sedikit seksaan azab oleh Allah di akhirat nanti. Ingat azab Allah tu macam kita sakit dalam mimpi kah. Tidak sama sekali!