Jika sesuatu ayat dikatakan sebagai frasa kerja (FK), maka di dalam frasa tersebut mestilah mengandungi satu atau lebih kata kerja (KK).
Sesuatu ayat itu dikatakan sebagai ayat transitif sekiranya di dalam ayat tersebut mengandungi predikat yang mempunyai objek.
Ayat contoh :
'Emak menyiram pokok bunga'
Dengan merujuk kepada ayat di atas, perkataan 'pokok bunga' adalah objek. Oleh itu, ayat di atas adalah ayat transitif.
Perkataan 'menyiram' pula akan menjadi Kata Kerja Transitif. Kata Kerja TAK Transitif pula adalah kata kerja yang tidak mengandungi objek. Sebagai contoh :
'Emak sedang tidur' . Perkataan tidur tidak mengandungi sebarang objek selepasnya. Maka ayat ini dipanggil ayat Tak Transitif dan perkataan 'tidur' adalah Kata Kerja TAK Transitif.
Sekian pelajaran untuk hari ini. Jumpa lagi untuk topik akan datang.