Wednesday, 4 February 2015

4 tahun sudah berlalu

Semenjak aku tinggalkan tempat aku mencari rezeki tu, aku lebih tenang dan bahagia. Aku tak rasa kalau aku terus di sana, kesihatan aku akan bertambah baik....mungkin aku kene darah tinggi...mungkin aku kene stroke...

Siang tadi aku gi lagi cek darah. Tahap kolesterol aku tak pernah bertambah elok saban tahun. Semakin tinggi. Kali terakhir aku cek 2 tahun lepas. 6.7 mgMoll ape tah. Memang tinggi. Aku sepatutnya follow up 6 bulan selepas. Tapi aku dah sampai give up sebab tak mau turun jugak kolesterol walaupun dah gi gym, sampai nak dekat sado dah badan, kolesterol tinggi jugak...


Actually aku sangat sedih time-time macam ni. Pukul 12 ke atas. Aku teringat kisah pasal manusia sebelum jin, al-Hin. Selalu tengok bulan time-time sunyi. Aku memang sunyi. Sepi. Dah 15 tahun aku bertahan. Sedihnya...

Aku tak pandai nak tunjuk. Orang yang terpaksa faham diri aku. Sebenarnya kalau orang tu faham, dia pasti rasa bertuah. Sebab dia akan tahu bahawa aku sayang dia. Tapi setakat ni, tiada....

Aku dah 30 lebih dah cek oii. Nampak macam 20 tahun. Memang anugerah. Anugerah tak terhingga dari Ilahi. Tapi , kalau korang jadi diri aku, korang tau la cane. Sebab tu jangan mudah menghakimi (judge) manusia lain. Aku mungkin nampak sebaya budak Universiti, tapi pengalaman aku banyak wahai adik-adik sekalian. Aku tau yang tengah baca ni pun agak sinis dengan aku. Sejauh mana aku nampak muda. Cer korang tengok aku dulu. Jangan tanya umur aku dulu. Setakat ni, belum ada yang teka umur aku melebihi dari umur sebenar aku. Yang teka bertahun-tahun muda dari usia sebenar aku ramai la.  Tak percaya, bukan masalah aku.

Actually ni adalah kelebihan, since aku pun masih single. Ya, aku tak nafikan benda tu. Tapi selama mana? Selamanya? Alhamdulillah...


Sebenarnya aku rasa dah pun mengalami . Tangan aku. Dah mula mengalami. Sejak beberapa bulan lepas. Agak mengejutkan. Apakan daya, perkara ni tak dapat dielak. Jari-jemari mulai mengeras dan menguat. Memanjang dan menebal. Ya...tak dinafikan.

Aku rasa perempuan tak lah hebat. Aku rasa semua perempuan jiwanya sentimental. Mudah menyayangi dan mudah juga kecewa. Biasa je orang perempuan. Tak hebat sangat kot.

Hmm...itu je la kot. Takde bende...

Oh ya, seperkara lagi tentang diri aku. Aku ni boleh dikatakan agak cerdas jugak la. Aku dari sekolah menengah sains. result PMR aku semua A, satu je B. SPM semua kredit. Ade juga subjek-subjek yang A. Tapi, sejak menjejaki ke pengajian tinggi, masalah aku bermula. Aku pun selalu gagal dan masuk universiti dan kolej. Sehingga aku bekerja, barulah aku rasa stabil. Boleh belajar. Sekarang ni, aku hampir menamatkan ijazah. Dan diploma aku? Dah 3 tahun , interview kerajaan dan GLC, tak dapat...takdir aku begini...


Diploma dalam bidang kewangan. Sebab tu aku selalu bercerita. Aku nak berkongsi. Dan masalah paling besar sekali adalah, setiap kali aku merencanakan sesuatu yang hebat untuk memajukan diri aku, aku akan dibayangi ketakutan. Sebab dulu, ade sorang manusia ni, dia telah menyebabkan aku trauma. Memang dalam dunia ni, ada manusia yang betul , dan ada manusia yang salah. Dulu aku selalu rasa aku yang salah. Sebabnya, bila aku rasa aku buat betul, orang ramai akan kata aku salah, kerana orang ramai tu yang tak betul. Tapi aku tak tahu. Sekarang, aku dah mulai faham. Dan bila aku rasa aku betul, aku tetap BETUL!!