PENJELASAN : Posting dan entry di bawah ini terlalu sentimental dan sangat melayan perasaan. Mungkin akan meloyakan tekak dan sebagainya. Sila berhati-hati. Jika tidak mampu, sila berhenti membaca. Terima kasih.
Aku pun tak suka selalu berfikiran negatif. Tetapi, untuk selalu ceria dan juga 'memberi' berbanding 'menerima' , pada aku jarang membuahkan hasil atau juga mendatangkan banyak manfaat. Ada tetapi macam tak banyak. Jadi pada aku, semua itu tak berapa penting.
Macam hari ini, aku ingin sekali memakai pakaianku iaitu baju melayu. Pasti amat segak sekali. Aku hanya ingin meraikan majikanku yang teramat gembira menyambut perayaannya. Aku hanya ingin menunjukkan bahawa aku tumpang merasai kegembiraannya. Tetapi aku diserang rasa rendah diri yang terlampau. Jika orang lain, rasanya tidak perlu siapa pun suruh. Kerana perkara ini bukannya perkara yang tidak baik ataupun salah. Tetapi ada sebabnya....
Kerana aku ada menaruh sedikit perasaan kepada majikanku sendiri. Kerana itu aku jadi terlalu segan. Dan ego aku pula mengatakan, bagaimana jika dia tidak langsung mengalu-alukan ataupun mempedulikan perubahan aku. Berpakaian segak seperti untuk mengambil hati. Tetapi akhirnya aku yang perasan lebih.
Perasaan aku kepada majikan aku adalah salah. Kerana dia telah pun milik orang. Aku memang hendak pergi jauh dari situ. Tapi aku belum dapat pekerjaan yang benar-benar sesuai seperti sekarang. AKu juga tahu bahawa aku hanya menyukai diriku sendiri. Sedangkan dia hanya inginkan aku terus berkhidmat di situ . Mungkin kerana modal yang ada pada diriku. Tak lebih dari itu.
Yang sebenarnya aku sendiri tak pasti, mengapa walau hanya untuk mengucapkan selamat sempena perayaannya pun aku rasa terlalu berat. Berulang kali aku menekan kad ucapan digital yang ada di whatsapp, namun tak terhantar jua. Aneh bukan kepalang. Tak faham benar aku dengan diriku.
Mungkin tuhan cuba menyelamatkan aku. Atau mungkin juga kerana kelemahan diriku sendiri. Aku hanya mampu memilih mana yang aku rasa lebih kuat. Dan aku akan menetapkan bahawa perasaan yang paling kuat itulah yang paling benar. Sehingga sekarang, aku masih selesa merendah diri seperti selalu. Biarlah. Mungkin ada hikmahnya..
Aku pernah rasa bagaimana dikhianati. Dan juga bagaimana dibohongi dan dipermainkan. Jadi aku punya pengalaman yang sangat berharga. Kita semua juga serupa.
Buktikan kepadaku jika selama ini fikiran negatif ku salah dan merugikan diriku. Kerana adakalanya ibuku sendiri mengatakan bahawa telahan ataupun andaian diriku sebenarnya tidak benar. Namun dalam masa yang sama, ibuku sendiri juga padaku pernah tersalah. Jadi, aku juga harus membuat dan memilih keputusan yang aku rasa terbaik untuk diriku sendiri. Bukan ibu. Ibu hanya meredhakan sesuatu apabila kita telah meyakinkannya.
SEPI DALAM PENANTIAN
SEPI DALAM PENANTIAN
Aku sepi dalam keriuhan
Diriku bagaikan jauh terbuang
Irama yang berkumandang
Tak daya mengikiskan
Kau yang jauh selalu kukenangkan
Menyendiri di dalam keramaian
Kerna tak kuasa ku memaksa
Hatiku telah ku untukkan
Buatmu insan yang tersayang
Biar saja begini ku relakan
Diriku bagaikan jauh terbuang
Irama yang berkumandang
Tak daya mengikiskan
Kau yang jauh selalu kukenangkan
Menyendiri di dalam keramaian
Kerna tak kuasa ku memaksa
Hatiku telah ku untukkan
Buatmu insan yang tersayang
Biar saja begini ku relakan
Suasana selalu menduga
Di sekitar gadis-gadis manja
Sesungguhnya aku merasakan
Keimanan seumpama ini sering
Ditiup angin
Di sekitar gadis-gadis manja
Sesungguhnya aku merasakan
Keimanan seumpama ini sering
Ditiup angin
Amat payah mengawal diri
Kehidupan di kota menguji
Aku bagai pulau yang tersisih
Kejujuran padamu kekasih
Masih ku pertahankan
Kekasihku inilah pengorbanan
Dariku untukmu ku relakan
Apakah dikau nun di sana
Seperti aku juga yang tak pernah
Kehidupan di kota menguji
Aku bagai pulau yang tersisih
Kejujuran padamu kekasih
Masih ku pertahankan
Kekasihku inilah pengorbanan
Dariku untukmu ku relakan
Apakah dikau nun di sana
Seperti aku juga yang tak pernah
jemu dengan penantian