Monday, 23 February 2015

Awak jangan risau. Selagi saya ada, saya akan jaga awak.

Sebenarnya tajuk kat atas takde kene mengene langsung dengan aku. Tajuk ni cume terlintas di fikiran aku dan aku pun buat tajuk untuk entry blog post. Ke, post entry blog? atau post di blog? Ke, semua sekali salah? Hahaha. hentam je la.

Mungkin aku selalu terbaca caption tajuk entry ni, so aku pun mula tulis entry. Padahal aku bukan ade perkara yang nak ditulis pun berkenaan tajuk kat atas.

Pada aku, romantik jugak la caption macam ni. 'Awak jangan risau...selagi saya ada, saya akan jage awak..' . Memang la romantik. Tapi pada aku, kesetiaan manusia boleh dipertikai.  Kesetiaan yang tidak dapat disangkal atau dipertikai hanyalah kesetiaan antara hamba dan tuhannya (bagi yang benar-benar setia dan ikhlas lah). Kalau tidak, masakan dia dapat merasakan kesetiaan tersebut, ye dak?

Maaf kan aku kerana agak sinis tentang perkara yang romantik macam ni. Aku akui bahawa aku agak negatif. Aku beranggapan bahawa semua manusia perangainya unik. Jadi mungkin juga sifat dan perangai aku ni bukan suatu kesalahan secara keseluruhannya. Sekali lagi aku memohon maaf kepada yang membaca entry aku ni. Mungkin anda tak bersetuju. Tak mengapa.