Saturday, 26 July 2025

Aku rindu masa lalu lebih kronik daripada kalian semua

 Masa kanak-kanak aku adalah dalam era 90-an. Aku lahir awal 80 an. Zaman aku Astro belum wujud. Yang ada cuma tv 1 ,2 dan 3. Sebelum Astro, ada satu brand terkenal. Namanya Mega TV.Tapi tak pakai satelit, cuma pusat penyiaran. Zaman aku zaman video kaset dan walkman. Discman pun belum ada masa tu. Apatah lagi internet, facebook, TikTok bagai.

Zaman kanak-kanak aku, arwah Abah masih hidup :'(. Cuma aku kurang bercakap dengannya. Tapi aku selalu dengar cakap abah. Abah selalu pesan supaya belajar rajin-rajin. Zaman kanak-kanak aku kami selalu main aktiviti outdoor. Kami semua tak ada smartphone, sebab belum wujud. Aku dengan kawan selalu main street soccer. Atas jalan, atas padang, atas gelanggang badminton. Semua tempat. Roundess pun kami main pakai bola takraw.

Tahun 90-an kawasan perumahan ini belum ramai orang. Belum banyak pembangunan. Belum ada super mall macam yang ada sekarang. Jarang dengar kes budak atau orang hilang. Ramai kawan-kawan aku balik sekolah naik basikal atau jalan kaki.Tapi nasib baik zaman aku dah ada video game. Kami tukar-tukar tape game. 




 Kami happy. Sangat happy. Sangat-sangat happy..........


Friday, 25 July 2025

Orang bujang adalah lebih bertanggungjawab

 Mungkin orang bujang yang tak pernah kahwin sebab trauma adalah lebih bertanggungjawab daripada orang yang dah berkahwin, jika ditakdirkan orang bujang tersebut berkahwin. Biasanya manusia punya persepsi buruk tentang orang yang belum berkahwin, lebih-lebih lagi kalau umur orang bujang tersebut dah lanjut dan berusia banyak.

Tapi pernahkah anda terfikir tentang orang bujang yang belum berkahwin atas sebab tertentu, bukan kerana faktor ingin berfoya-foya dan sebagainya? Mungkin kerana sebab pernah kecewa atau trauma semasa dalam proses taaruf percintaan? Betapa ramai walau bukan semua, orang  yang dah berumahtangga, yang sepatutnya menjadi ibadah disamping dapat bercucuk tanam dan menyemai hasil dan juga pahala, akhirnya menyemai benih yang tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan, malah kebun tempat bercucuk tanam itu pula menjadi kering dan semakin gersang.

Orang yang dah berkahwin, kemudiannya mendekati pula hubungan yang bukan sahaja terlarang, tetapi tidak halal baginya, dan juga bercita-cita untuk meneruskan perbuatan haram tersebut, apakah perbuatan tersebut lebih baik daripada orang yang masih belum mempunyai pasangan, tetapi sentiasa mempunyai impian tersebut? Penahkah anda terfikir wahai insan yang sudah pun bernikah? Mengapa masih kalian mempunyai jiwa seketul darah yang kotor di dalam jasad kalian, bukan sahaja mengumpat , memfintah, mencela orang lain, tetapi semua perbuatan tersebut terpalit kepada diri kalian sendiri. Lebih buruk jika kalian mengheret ahli keluarga kalian sekalian ke dalam permasalahan yang kalian sendiri ciptakan.

Tidak perlu menjaga tepi kain orang lain. Kalian tidak menanggung dosa orang lain. Setiap dosa adalah dipertanggungjawabkan ke atas diri setiap daripada kita. Tidak perlu menjadi hakim. Tidak perlu cuba menghalalkan cara. Tidak perlu berasa mulia dengan perbuatan yang sememangnya telah pun salah. Tidak perlu....