Sunday, 30 November 2014
Budak 4 tahun hilang di Ikea, kini di jumpai dalam keadaan yang amat meruntun hati
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun hilang di dalam Ikea, menyebabkan ibu bapa nya panik dengan mencari nya seluruh kawasan dalam Ikea tersebut.
Namun lebih kurang setengah jam kemudian selepas pencarian kanak-kanak 4 tahun itu berjaya ditemui, akan tetapi semuanya telah terlambat.
Orang ramai di nasihatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka dan memastikan kehendak dan permintaan anak- anak tersebut diberi perhatian serta mereka sebelum mereka bertindak sendiri.
Pemandangan di tempat kejadian amat meruntun hati semua pengunjung yang berada di sana. Gambar anak tersebut seperti berikut.
Pada ibu bapa jangan lah terlalu asyik shopping sahaja kehendak anak-anak perlu lah di ambil tahu dan sentiasa beri perhatian.
Anak-anak zaman sekarang sememangnya mereka seorang yang sangat bijak, kadang-kadang apa yang di lakukan mereka di luar jangkaan, seperti apa yang berlaku dalam gambar di atas.
Ini hanya lah kisah dan teladan yang boleh di jadikan pengajaran kepada ibu bapa, semoga tidak ada perkara buruk yang berlaku kepada mereka dengan apa yang mereka lakukan.
Wednesday, 26 November 2014
Dalam banyak-banyak video ceramah UAI, yang ni paling aku suke
Kelakar. Tapi wanita jangan terase. Setiap ustaz penyampaian berbeza. Atau kenyataan saye ni suatu kesilapan. Saye mohon dimaafkan.
Tuesday, 25 November 2014
Kisah Menyedihkan Wanita Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler
Semasa era perang dunia ke-2 banyak kisah-kisah yang menyayat hati yang berlaku kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan perang. Ada yang dirahsiakan pengalaman itu dan ada juga yang menceritakan untuk perkongsian anak-anak mereka. Kisah menyayat hati ini juga berlaku kepada Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.
Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.
Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.
“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.
Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.
“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.
Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.
“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.
Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.
Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.
Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.
Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.
Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.
Nasi Mandi di Makkah dan Madinah yang sedap tak terkata
Saya pasti semua orang yang pernah ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji atau umrah tahu apa itu Nasi Mandi. Ia seperti nasi beriani/minyak dan hanya dimakan dengan lauk seperti ayam atau kambing tanpa kuah. Nasi mandi dihidang dalam dulang besar dan diletakkan ditengah-tengah. Lantai di alas dengan plastik bersih dan masing-masing akan menarik keluar nasi dari dulang keatas plastik dan makan dengan lauk. Memang menyeronokkan sekali-sekala makan beramai-ramai begini.
tapi awas ya...tak bolih makan selalu, ia terlalu berminyak dan tinggi kolesterol. maklumlah bahan utama yang digunakan ialah minyak sapi....walau bagaimanapun di Malaysia tiada nasi mandi, oleh itu tak mengapalah...makanlah sepuas-puasnya ketika di Makkah atau Madinah...atas nasi mandi berlaukkan kambing...dan bawah berlaukkan ayam...menunggu nasi mandi yang tak kunjung tiba....laparnyalah kakak-kakak kita ni...hmm.....dah sampai pun hidangan nasi mandi...jemputlah makan ya!wah! berselera sungguh pak haji kita ni makan nasi mandi...makan pelan-pelan yang abang aji...nanti tercekik tulang ayam tu...yang ni pula orang tempatan yang juga sedang menikmati nasi mandi...selepas makan nasi mandi kami dihidangkan dengan kueh ini yang sangat sedap. tak ingat pula saya nama dessert ini...ia manis dan gebu seperti pancake dan toppingnya kelapa...selepas makan makanan yang berminyak, eloklah minum air ini yang masam....cuci lemak yang berlebihan...:)
tapi awas ya...tak bolih makan selalu, ia terlalu berminyak dan tinggi kolesterol. maklumlah bahan utama yang digunakan ialah minyak sapi....walau bagaimanapun di Malaysia tiada nasi mandi, oleh itu tak mengapalah...makanlah sepuas-puasnya ketika di Makkah atau Madinah...atas nasi mandi berlaukkan kambing...dan bawah berlaukkan ayam...menunggu nasi mandi yang tak kunjung tiba....laparnyalah kakak-kakak kita ni...hmm.....dah sampai pun hidangan nasi mandi...jemputlah makan ya!wah! berselera sungguh pak haji kita ni makan nasi mandi...makan pelan-pelan yang abang aji...nanti tercekik tulang ayam tu...yang ni pula orang tempatan yang juga sedang menikmati nasi mandi...selepas makan nasi mandi kami dihidangkan dengan kueh ini yang sangat sedap. tak ingat pula saya nama dessert ini...ia manis dan gebu seperti pancake dan toppingnya kelapa...selepas makan makanan yang berminyak, eloklah minum air ini yang masam....cuci lemak yang berlebihan...:)
Beberapa bahagian serpihan pesawat MH17 diangkut guna trak
Beberapa bahagian serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terlalu besar untuk dibawa dengan kereta api, tiba di Kharkiv, Ukraine dengan trak pada Sabtu.
Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam kenyataan melalui laman webnya www.onderzoeksraad.nl berkata, serpihan lain yang dikeluarkan dari tapak nahas itu kini dalam perjalanan ke Kharkiv, Ukraine lebih 300 kilometer dari Torez dengan kereta api selepas berlepas dari Torez pada pagi Ahad.
"Apabila serpihan pesawat tiba di Kharkiv, pengangkutan ke Belanda akan disediakan," katanya.
Pada 17 Julai lalu, penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
DSB berkata, usaha mengeluarkan serpihan pesawat itu dimulakan pada 16 November lalu dan membawa keluar seberapa banyak serpihan dari tapak nahas untuk siasatan.
Sunday, 23 November 2014
Wajib jadi follower untuk GIVEAWAY RM100 UNTUK SEORANG PEMENANG BERTUAH
Dimaklumkan bahawa adalah wajib bagi setiap peserta giveaway untuk menjadi follower blog penganjur. Jika anda menang sekalipun tanpa menjadi follower, kemenangan anda tidak akan diiktiraf oleh penganjur. Sekian makluman.
Lagu yang diiktiraf paling rancak dan sedap didengar oleh aku
Tajuk lagu ni BENT (bengkok). Mesej dia lebih kurang macam orang yang 'helpless'. Vocalist adalah seorang yang aku kagumi iaitu Rob Thomas dari band Matchbox 20. Aku minat band ni dari tahun 1998 lagi. Mase aku PMR.
Truthfully, aku ni macam awal 20-an je kalau orang tak tanye umur (lari topik pulak).
So, lagu yang famous dari band ni suatu mase dahulu adalah seperti 'Push' dan '3 a.m'. Korang cube le dengar. Mane tahu kot2 boleh bagi inspirasi ke ape. Kalau tak sedap bagitahu orang lain. Hehe..
Thursday, 20 November 2014
Berlakon adalah sesuatu yang memenatkan?
Berlakon dan berpura-pura. Dua perkataan ni sebenarnya sama . Bukan hampir sama, memang sama. Contohnya JANGAN. Maksud sebenarnya JANGAN adalah TIDAK MAHU. Contohnya JANGAN MEROKOK DI TEMPAT AWAM. Same juga, TIDAK MAHU MEROKOK DI TEMPAT AWAM.
Sebenarnya bukanlah aspek tatabahasa yang aku nak bebelkan. Cuma nak share tentang perbuatan yang kita anggap mungkin perkara biasa tetapi sangat memenatkan iaitu berlakon.
Bayangkan kalau anda terpaksa berlakon menjadi yang terbaik. Anda tahu di mana tahap anda. Tetapi anda diminta untuk berkelakuan baik atas sebab tertentu. Pada aku, ia sangat memenatkan. Penat kerana banyak berfikir. Aktiviti berfikir memerlukan tenaga yang banyak dan membakar kalori. Sebab tu aku rasakan berlakon ni amat memenatkan.
Mungkin anda tak sama. Bayangkan anda menghadiri suatu kursus yang anda tak kenal pun siapa-siapa. Anda terpaksa beramah mesra walaupun anda berkemungkinan dilayan secara tidak sopan oleh orang yang anda tak kenal tersebut. Tetapi anda terpaksa berlakon sebagai orang yang peramah walaupun hakikatnya anda bukanlah seorang yang peramah. Pada aku, memang penat sebab terpaksa berfikir bagaimana nak berlakon jadi peramah.
Kebanyakan masa aku bukanlah peramah. Oleh itu, biasanya aku jadi diri aku sendiri. Mungkin orang fikir baik. Mungkin juga sebaliknya. Demi mendapat apa yang aku ingini, aku tak peduli semua tu. Kita semua pun sebenarnya selalu mengambil risiko dalam hidup kita . Selalu.
Betul tak ape yang aku bebelkan ni?
Sebenarnya bukanlah aspek tatabahasa yang aku nak bebelkan. Cuma nak share tentang perbuatan yang kita anggap mungkin perkara biasa tetapi sangat memenatkan iaitu berlakon.
Bayangkan kalau anda terpaksa berlakon menjadi yang terbaik. Anda tahu di mana tahap anda. Tetapi anda diminta untuk berkelakuan baik atas sebab tertentu. Pada aku, ia sangat memenatkan. Penat kerana banyak berfikir. Aktiviti berfikir memerlukan tenaga yang banyak dan membakar kalori. Sebab tu aku rasakan berlakon ni amat memenatkan.
Mungkin anda tak sama. Bayangkan anda menghadiri suatu kursus yang anda tak kenal pun siapa-siapa. Anda terpaksa beramah mesra walaupun anda berkemungkinan dilayan secara tidak sopan oleh orang yang anda tak kenal tersebut. Tetapi anda terpaksa berlakon sebagai orang yang peramah walaupun hakikatnya anda bukanlah seorang yang peramah. Pada aku, memang penat sebab terpaksa berfikir bagaimana nak berlakon jadi peramah.
Kebanyakan masa aku bukanlah peramah. Oleh itu, biasanya aku jadi diri aku sendiri. Mungkin orang fikir baik. Mungkin juga sebaliknya. Demi mendapat apa yang aku ingini, aku tak peduli semua tu. Kita semua pun sebenarnya selalu mengambil risiko dalam hidup kita . Selalu.
Betul tak ape yang aku bebelkan ni?
GEMPAR! Misteri kewujudan cahaya terangi bandar Rezh di Rusia
MOSCOW – Satu cahaya cerah berwarna oren yang muncul selama 11 saat di bandar Rezh dekat sini mencetuskan misteri dalam kalangan penduduk setempat.
Cahaya berkenaan berjaya dirakam oleh sebuah kamera video milik seorang pemandu kereta pada Jumaat lalu yang menunjukkan langit yang gelap ketika itu tiba-tiba menjadi terang seperti waktu siang selama beberapa saat. Lelaki tersebut berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Rezh sebelum satu cahaya terang tiba-tiba muncul di bandar berkenaan. “Cahaya itu sungguh terang sehingga menyebabkan keadaan yang gelap ketika itu menjadi cerah seperti waktu siang,” katanya.
Sementara itu, akhbar The Siberian Times melaporkan bahawa beberapa pakar mengesyaki cahaya tersebut mungkin berpunca daripada pelancaran peluru berpandu atau sebuah tahi bintang yang jatuh ke bumi. Bagaimanapun, saksi yang melihat kejadian berkenaan tidak mendengar sebarang bunyi dan pihak berkuasa Rusia juga enggan memberikan sebarang komen. – Agensi
Wednesday, 19 November 2014
Aku diulit mimpi berpanjangan
Mimpi...siapa tak suka kalau mimpi tu mimpi indah. Tapi berbeza dengan diriku. Inilah kisahku...
Aku bermimpi
Aku bermimpi
Pernah tengok music video chandelier? Ini versi terbaru.
Amacam? OK ? Diharap anda tak termuntah. atau sediakan beg plastik atau kertas.
Pemandu teksi ‘naik gila’ tampar gadis
Kuala Lumpur: Kes pembuli jalan raya berulang lagi apabila seorang gadis pecah bibir selepas ditampar sekuat hati oleh seorang pemandu teksi.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi Isnin lalu, mangsa yang memandu Perodua Myvi diserang suspek gara-gara gagal mengundurkan kenderaan dan memberikan laluan kepada seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan berhampiran Hotel Istana.
Mangsa, Jeslene Tan, 26, berkata, insiden berlaku ketika dia sedang memandu dari Bandar Manjalara, Kepong sebelum melalui Jalan Raja Chulan.
"Ketika itu terdapat beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan menyebabkan laluan itu menjadi satu lorong. Sebuah teksi dari arah hadapan meluru memasuki laluan sama," katanya.
Menurutnya, pemandu teksi itu membunyikan hon dan meminta dia berundur, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada ruang untuk mengundurkan kenderaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
MESTI TAHU !!! Makna Disebalik Warna Air Kencing Anda Samada Sihat Atau Berpenyakit !!!
Warna air kencing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit...Semua manusia normal akan kencing kan ?Warna ,bau ,dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda...
Disini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada seseorang !!!
Tidak Berwarna atau Lutsinar - Anda meminum terlalu banyak air...
Warna Pucat Jerami - Anda sihat ,kandungan air dalam badan mencukupi...
Kuning Lutsinar - Anda Normal...
Kuning Gelap - Normal ,tetapi anda perlu minum lebih lagi selepas ini...
Kuning Madu - Anda kekurangan air ,minum air sekarang...
Berwarna Perang - Anda mungkin mengalami masalah hati (liver)
Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda makan bit ,blueberi ,atau klembak ?Jika ya ,ia normal...Jika tidak ,anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing ,buah pinggang atau hati...Segera berjumpa doktor...
Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang ,mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna .Ini tidak berbahaya ,walaubagaimanapun ,jumpa doktor sekiranya ianya berterusan...
Warna Ungu - Gurau je ,mana ada air kencing warna ungu heee
Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda...Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda...Segera berjumpa doktor !!!!
Tuesday, 18 November 2014
Mas Idayu marah peserta mentor?
Kejap lagi afternoon nak outstation. Sempat lagi nak buat entry .It's been a long day...
Melalui komen yang aku baca selepas insiden ni masuk facebook. Sesetengah wanita sokong dan setengah lagi mengondem cara Mas Idayu.
Just nak bagitahu, kalau lah aku jadi Mas Idayu dan lelaki tu awek cun, aku pun mungkin buat macam Mas Idayu. Perempuan pun ade ego maa. Lelaki macam aku, lagi laa..
Bezanya aku ni takde orang kenal, so takde sape nak kondem aku dalam facebook.
Kesimpulannya, Mas Idayu just rase tercabar dan perempuan-perempuan yang komen dalam facebook mengatakan lelaki tu tak hormat orang tua.
Suke hati kau lah perempuan. Nak tue sangat hidup lah lelame sikit. Dah nak mampos nanti orang panggil tua lah kau tu. :D
Melalui komen yang aku baca selepas insiden ni masuk facebook. Sesetengah wanita sokong dan setengah lagi mengondem cara Mas Idayu.
Just nak bagitahu, kalau lah aku jadi Mas Idayu dan lelaki tu awek cun, aku pun mungkin buat macam Mas Idayu. Perempuan pun ade ego maa. Lelaki macam aku, lagi laa..
Bezanya aku ni takde orang kenal, so takde sape nak kondem aku dalam facebook.
Kesimpulannya, Mas Idayu just rase tercabar dan perempuan-perempuan yang komen dalam facebook mengatakan lelaki tu tak hormat orang tua.
Suke hati kau lah perempuan. Nak tue sangat hidup lah lelame sikit. Dah nak mampos nanti orang panggil tua lah kau tu. :D
Penjelasan Punca Sebenar Kejadian Langit Merah Di Mekah
Baru-baru ini beberapa gambar dan juga video yang memaparkan kejadian langit merah dan juga ribut di mekah telah tersebar di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp.
Menurut dari gambar tersebut, kejadian langit merah itu sesuatu yang aneh yang berlaku di Jeddah dan Mekah tetapi ia sebenarnya adalah kejadian ribut debu atau dust storm, satu kejadian yang biasa berlaku di Mekah. Untuk pengetahuan semua, selain dari ribut debu, Mekah dilanda hujan yang lebat beberapa hari lepas sehingga banjir di beberapa tempat. Kejadian langit merah pula adalah kerana cahaya matahari dilindungi oleh debu yang terbang di udara menyebabkan keadaan sekitar menjadi merah. ─ Siakapkeli.com.my
Berikut adalah petikan daripada komen seorang hamba Allah yang berada di tanah suci:
" Bismillah..
Wassolatu wassalamu 'ala rosulillah..
Saya menerima banyak pertanyaan tentang berita bahawa Mekah dan Jeddah dilanda kejadian pelik. Ia telah tersebar dengan meluas di fb dan whatsapp.
Saya puji sikap mereka yang kritis akan berita-berita sebegini. Segera bertanya orang yang mereka yakini. Tidak terus percaya. Apatah lagi menyebarkannya tanpa mahu memeriksa.
Saya tegaskan. Tiada yang peliknya Mekah atau Jeddah hujan lebat. Langit merah, gelap dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap kali bertukar musim keadaannya begitu. Petanda haramain sekarang ini sedang menuju musim sejuk. Madinah juga hujan. Apa yang peliknya?
Ianya soal sikap. Suka men'viral'kan perkara-perkara begini. Mahu populariti. Bukan sekali dua. Sudah banyak berita-berita begini yang sampai kepada kita.
Sebelum ini, tersebar imam masjidil haram, syeikh Abdurrahman Sudais meninggal. Walhal beliau masih hidup dah baru sahaja selesai mengimamkan solat. Tahun lepas berita sama juga. Orang sebar sana sini. Tahun ini ulang lagi. Tahun depan tidak hairan dapat lagi. Berapa kali syeikh Sudais mahu meninggal?
Sikap suka sebar tanpa kaji berita itu benar atau tidak adalah salah! Tidak sepatutnya berlaku.
Syabas kepada yang merujuk kami di page ini atau dimana-mana sumber. Tahniah kerana bersikap seperti yang diajarkan dalam al-quran.
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
Al-hujurat : Ayat 6
~abu ayyub"
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Berikut adalah pakaian yang sering dipakai oleh nabi : 1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang: jubah ). 2)Kurta nabi ti...
-
"Sempadan" adalah istilah Bahasa Melayu yang merujuk kepada batas atau garis yang memisahkan atau membatasi dua entiti atau wilay...
-
Sejak belajar Darussyifa’, banyak kali didedahkan berkaitan penggunaan air sebagai bahan rawatan. Air yang terbaik ialah air zam-zam, kemu...