Berlakon dan berpura-pura. Dua perkataan ni sebenarnya sama . Bukan hampir sama, memang sama. Contohnya JANGAN. Maksud sebenarnya JANGAN adalah TIDAK MAHU. Contohnya JANGAN MEROKOK DI TEMPAT AWAM. Same juga, TIDAK MAHU MEROKOK DI TEMPAT AWAM.
Sebenarnya bukanlah aspek tatabahasa yang aku nak bebelkan. Cuma nak share tentang perbuatan yang kita anggap mungkin perkara biasa tetapi sangat memenatkan iaitu berlakon.
Bayangkan kalau anda terpaksa berlakon menjadi yang terbaik. Anda tahu di mana tahap anda. Tetapi anda diminta untuk berkelakuan baik atas sebab tertentu. Pada aku, ia sangat memenatkan. Penat kerana banyak berfikir. Aktiviti berfikir memerlukan tenaga yang banyak dan membakar kalori. Sebab tu aku rasakan berlakon ni amat memenatkan.
Mungkin anda tak sama. Bayangkan anda menghadiri suatu kursus yang anda tak kenal pun siapa-siapa. Anda terpaksa beramah mesra walaupun anda berkemungkinan dilayan secara tidak sopan oleh orang yang anda tak kenal tersebut. Tetapi anda terpaksa berlakon sebagai orang yang peramah walaupun hakikatnya anda bukanlah seorang yang peramah. Pada aku, memang penat sebab terpaksa berfikir bagaimana nak berlakon jadi peramah.
Kebanyakan masa aku bukanlah peramah. Oleh itu, biasanya aku jadi diri aku sendiri. Mungkin orang fikir baik. Mungkin juga sebaliknya. Demi mendapat apa yang aku ingini, aku tak peduli semua tu. Kita semua pun sebenarnya selalu mengambil risiko dalam hidup kita . Selalu.
Betul tak ape yang aku bebelkan ni?
-
Berikut adalah pakaian yang sering dipakai oleh nabi : 1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang: jubah ). 2)Kurta nabi ti...
-
"Sempadan" adalah istilah Bahasa Melayu yang merujuk kepada batas atau garis yang memisahkan atau membatasi dua entiti atau wilay...
-
Sejak belajar Darussyifa’, banyak kali didedahkan berkaitan penggunaan air sebagai bahan rawatan. Air yang terbaik ialah air zam-zam, kemu...