Kuala Lumpur: Kes pembuli jalan raya berulang lagi apabila seorang gadis pecah bibir selepas ditampar sekuat hati oleh seorang pemandu teksi.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi Isnin lalu, mangsa yang memandu Perodua Myvi diserang suspek gara-gara gagal mengundurkan kenderaan dan memberikan laluan kepada seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan berhampiran Hotel Istana.
Mangsa, Jeslene Tan, 26, berkata, insiden berlaku ketika dia sedang memandu dari Bandar Manjalara, Kepong sebelum melalui Jalan Raja Chulan.
"Ketika itu terdapat beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan menyebabkan laluan itu menjadi satu lorong. Sebuah teksi dari arah hadapan meluru memasuki laluan sama," katanya.
Menurutnya, pemandu teksi itu membunyikan hon dan meminta dia berundur, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada ruang untuk mengundurkan kenderaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.