Kawasan suhu paling sejuk dan terendah di Malaysia

 Suhu paling sejuk di Malaysia adalah di puncak Gunung Kinabalu, Kundasang Sabah iaitu boleh mencecah sehingga  0 °C - 3 °C  pada ketinggian 4095.2m. Salji yang terbentuk di atas gunung tersebut secara purata adalah setinggi 1 cm sahaja.  Suhu terendah yang pernah direkodkan di semenanjung Malaysia adalah di Cameron Highlands adalah 7.8 °C iaitu pada tahun 1978, mengatasi suhu terendah di Genting Highland pada ketika itu.


Suhu terendah yang pernah direkodkan di Genting Highlands adalah pada 8.4 °C. Namun suhunya tidak pernah melebihi purata 25 °C. Pada ketika ini, suhu di Genting Higlands tidak sesejuk waktu dahulu dan suhunya amat jarang jatuh di bawah 10 °C termasuk pada waktu malam.


Tempat-tempat lain di Malaysia


Berikut adalah senarai kawasan suhu terendah (purata) yang terdapat di Malaysia (dalam darjah celcius) :

  • Fraser and Maxwell Hill (Bukit Larut) - ketinggian 1456m (18.9c) 
  • Gunung Jerai - ketinggian 1217m (20.0c)
  • Bukit Bendera (Penang Hill)- ketinggian 833m (21c)
  • Bukit Tinggi and Janda Baik at Pahang- ketinggian 800m (18c)
  • Gunung Ledang - ketinggian 1276m (21c)

Sekian sahaja buat masa ini. Jika ada informasi menarik yang ingin dikongsi atau ingin diketahui, sudi lah jengah sebentar di ruangan komen. Jumpa lagi di posting akan datang.






Previous Post Next Post