Friday, 30 January 2015

Tak bercahaya namun kau berseri - Lagu Pelangi Petang oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Pertama kalinya, marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Mudah-mudahan rohnya tenang dan dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh. Amin.....

Bagi aku, beliau adalah seorang penghibur sejati yang tiada tolok banding. Memenangi anugerah 'Asian Popular Music Award' dan dinobatkan sebagai 'The Number 1 Asian Entertainer' di Royal Albert Hall, London pada tahun 1989.... Aku baru tadika je mase tu... .

Berikut adalah beberapa petikan Wikipedia mengenai Sudirman Hj Arshad :

Sudirman merupakan seorang artis yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Beliau lincah dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan pada zamannya..., 

 Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu "Merisik Khabar" dengan petikan pemetik api simbolik beliau

 Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah tempat untuk golongan marhaen. Jalan Chow Kit menjadi simbol untuk orang-orang kebanyakan yang juga peminat beliau. Maka, konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel atau dewan untuk suatu konsert. Perkara ini juga telah memberitahu kita bahawa beliau bukan seorang yang materialistik.

 Beliau membawakan lagu ‘‘Pesta Dunia’’, sebuah lagu ciptaan Manan Ngah manakala liriknya pula ditulis oleh Habsah Hassan. Perkara ini juga membawa kepada tercetusnya idea Habsah Hassan untuk menghasilkan lirik lagu ‘‘Salam Terakhir’’ apabila Sudirman meluahkan rasa hatinya dengan menyatakan bahawa dia tidak mungkin hidup lama

 Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. 

 "Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad...

  Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad(sekarang bergelar "Tun") telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.


Lagu Pelangi Petang dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad pernah dimainkan di dalam beberapa buah filem seperti filem Azura lakonan Dato Jamal Abdillah dan Kak Ogy dan juga filem Kami lakonan Allahyarham sendiri