Seringkali kita sebagai manusia akan berasa kagum dengan kesempurnaan manusia lain, samada dari segi fizikal ataupun mentaliti manusia tersebut. Rasa kagum ini pula boleh bertukar kepada rasa yang lebih mendalam iaitu rasa cinta.
Di dalam Islam, pentingnya menjaga pandangan mata. Ini kerana daripada mata, maka ia akan turun ke hati. Namun begitu, tidak salah untuk jatuh cinta, asalkan ianya berlandaskan syariat.
Sifat pemalu adalah sifat yang dimiliki oleh kebanyakan manusia. Namun begitu, sifat pemalu yang keterlaluan tidak menghalang seseorang manusia untuk bertemu jodoh, jika jodoh itu miliknya.
Sesetengah pendapat mengatakan istilah tiada jodoh bukan sekadar kerana sifat pemalu. Apabila seseorang manusia sukar untuk mengungkapkan isi hati kepada orang yang diimpikannya, lalu orang tersebut berlalu meninggalkannya ataupun mendapat pasangan yang lain, manusia tersebut akan beranggapan kerana sifat pemalunya yang keterlaluan menyebabkan dia terlepas peluang untuk bertemu dengan jodoh yang diimpikannya tersebut.
Tanggapan sebegini tidak tepat kerana setiap manusia telah diciptakan mempunyai jodoh atau pasangan masing-masing semenjak azali lagi. Boleh jadi perasaan cinta tersebut disulami dengan nafsu atau mungkin juga dia bukanlah jodoh yang sesuai buat dirinya. Mungkin jika kita bersama dan bernikah dengan orang yang kita sukai tersebut, akan timbul masalah di kemudian hari yang akhirnya menyebabkan perceraian. Tuhan sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Oleh itu, sifat pemalu mungkin hadir ke dalam hati seseorang manusia kerana tuhan ingin 'menjaga' manusia tersebut daripada berjumpa dengan pasangan yang salah atau mungkin juga untuk mengelakkan manusia tersebut daripada melakukan dosa.
Apabila kita berasa tenang dan selesa tanpa rasa malu yang keterlaluan bila berhadapan dengan seseorang yang kita kagumi dan mungkin juga kita sukai, maka itu adalah petanda bahawa orang tersebut mungkin merupakan jodoh kita. Wallahu'alam.
"Wahai jiwa (nafsu) yang tenang! Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan diredhai. Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..."
-Surah Al-Fajr (ayat 27-30)
-
Berikut adalah pakaian yang sering dipakai oleh nabi : 1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang: jubah ). 2)Kurta nabi ti...
-
"Sempadan" adalah istilah Bahasa Melayu yang merujuk kepada batas atau garis yang memisahkan atau membatasi dua entiti atau wilay...
-
Sejak belajar Darussyifa’, banyak kali didedahkan berkaitan penggunaan air sebagai bahan rawatan. Air yang terbaik ialah air zam-zam, kemu...