Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di Los Angeles baru-baru ini.
Kejadian itu (lihat video di bawah) menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.
Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.
Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".
Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam. Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa.
Adussss.Kesian gilee.
Tidak diketahui sebab apa lamaran itu ditolak, samada teman wanitanya malu dilamar dihadapan orang yang ramai..
Tidak diketahui sebab apa lamaran itu ditolak, samada teman wanitanya malu dilamar dihadapan orang yang ramai..
P.S : Aku sendiri sebagai lelaki terasa dengan perangai perempuan camni. Tolong jangan komen 'tak semua perempuan macam tu'. It's too cliche.
P.S.2 : Lihat gelagat pakcik yang tengah bagi sokongan dalam video ni. Sebaik sahaja dia toleh ke belakang, perempuan tu berambus. Dan dia turut sama terpinga-pinga. :D