Contoh soalan sintaksis Bahasa Melayu SPM

 Sintaksis (Bahasa Melayu) ataupun syntax di dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada struktur ayat (biasanya mengandungi subjek dan predikat). Di dalam SPM kertas 2, terdapat soalan mengenai sintaksis. Contohnya kamu akan ditanya mengenai Frasa Nama, Kerja, Adjektif dan Sendi Nama. Frasa nama biasanya merupakan subjek manakala FK, FA dan FS biasanya predikat. Namun kadang-kadang terdapat juga selain daripada FN di dalam subjek.


Selain itu, soalan juga mungkin meminta untuk mencari KATA KERJA TRANSITIF. Di sini bermaksud kata kerja tersebut mestilah mempunyai 'objek'. Sebagai contoh, 'Ibu menyiram pokok bunga'. Di sini, pokok bunga adalah objek manakala 'menyiram' adalah kata kerja transitif.

Namun begitu, untuk kata kerja TAK transitif, sebagai contoh, 'Ibu sedang menyiram' adalah salah dari aspek tatabahasa kerana ia merupakan ayat tidak lengkap/tergantung. Oleh itu, gunakan ayat lain seperti, 'Ibu sedang tidur'. Ayat ini adalah lengkap dan merupakan Kata Kerja Tak Transitif yang merujuk kepada perkataan 'sedang tidur' dan tidak mengandungi sebarang perkataan ataupun objek selepasnya. 

Sekian dahulu untuk penjelasan mengenai topik sintaksis. Berjumpa lagi untuk topik lain di posting akan datang. 



Previous Post Next Post