Monday, 19 January 2015
Nyanyian Caliph Busker amat terkesan di hati
Pertama kali tatkala melihat bukan Aweera yang menyanyi dan semasa mendengar intro lagu, aku seperti keliru seketika. Akal fikiran manusia biasa aku pantas menghukum lagu ini ala-ala lagu biasa oleh penyanyi biasa.
Tiba saat chorus. Suasana pentas menjadi terang oleh cahaya lampu. Sorakan penonton bergema. Bulu roma ditengkuk mula meremang. Memang tak salah lagi pilihan Edry Abdul Halim membuat kelainan, memilih lagu ini yang disampaikan seorang insan yang teramat istimewa, Azmi Saat dari band The Chaliph Buskers.
Menurut laman web beautifulnara, band ini pernah membuat persembahan di hadapan Pasaraya Sogo di Kuala Lumpur.
Kemudian, setiap kali sorakan penonton bergema memberi sokongan, bak gelombang yang sentiasa turun naik. Setiap kali itu ia seperti memberi suatu kejutan elektrik di otakku. Amat terkesan di hati.
Apepun tahniah juga kepada Joe Flizzow dan Sona One kerana menjadi Juara dalam AJL ke 29.
P.S : Sekejap je mase. Teringat lagi zaman dulu-dulu mase AJL dipanggil 'Juara Lagu' dan juga rancangan terkenal Muzik-Muzik.
-
Berikut adalah pakaian yang sering dipakai oleh nabi : 1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang: jubah ). 2)Kurta nabi ti...
-
"Sempadan" adalah istilah Bahasa Melayu yang merujuk kepada batas atau garis yang memisahkan atau membatasi dua entiti atau wilay...
-
Sejak belajar Darussyifa’, banyak kali didedahkan berkaitan penggunaan air sebagai bahan rawatan. Air yang terbaik ialah air zam-zam, kemu...