Mengapa orang perempuan mudah pengsan apabila terima berita yang mengejutkan

Aku pun tak reti sangat nak explain dari sudut saintifik. Sikit-sikit boleh lah...

Aku rase ni ade kaitan dengan sistem badan orang perempuan tu sendiri. Sistem badan akan 'shut down' tak silap aku sebab tekanan darah ke otak rendah daripada tekanan normal.

Apabila orang perempuan (biasanya perempuan lemah semangat) terkejut, jantung dan organ dalaman lain berhenti sekejap (beberapa saat). Ini namanya tindakan refleks tatkala otak seperti sukar mentafsir sesuatu perkara (biasanya berita yang mengejutkan seperti kematian dan sebagainya).

Apabila keadaan seperti ini berlaku, seluruh sistem akan berhenti (seperti keadaan kita semasa hendak bersin). Seluruh organ-organ akan 'pause' seketika.  Namun 'kejutan' lebih dasyat daripada bersin kerana kejutan akan menyebabkan 'impulse' juga terhenti. Apabila 'impulse' terhenti, tekanan menjadi rendah sekaligus darah(yang membawa oksigen) ke otak juga berkurangan sekaligus mengakibatkan pengsan.

Aku pun tak faham pe aku cakap ni. Macam ulang-ulang pun ade. Pape je lah.

Yang penting, orang perempuan tekanan darah diorang memang tak berapa kuat berbanding lelaki. Apatah lagi bila menerima berita yang mengejutkan. Memang diorang akan mudah pitam, terus pengsan.


Previous Post Next Post