Acapkali perempuan mengaitkan perasaan suka atau sayang seorang lelaki terhadap diri mereka adalah berkaitan dengan soal nafsu. Pada aku perkara ini tidak benar langsung, dan boleh jadi seseorang lelaki membenci seseorang perempuan walaupun dalam masa yang sama dia juga sayang kepada perempuan tersebut.
Jika kita ketepikan soal syahwat, atau andaikata nafsu syahwat dicabut dari seorang lelaki, maka perempuan tidak lah begitu istimewa walaupun perempuan adalah berbeza dengan lelaki. Perbezaan tersebut tidak akan mendatangkan makna, malah mungkin akan menjadi suatu bentuk kejian dan cacian sahaja, dan mungkin juga sebagai objek jenaka.
Yang dimaksudkan dengan perasaan sayang tanpa syahwat di sini adalah kerana sesetengah perempuan dapat memberikan faedah kepada seseorang lelaki yang rapat dengannya, maka lelaki ini terlalu sayang untuk melepaskan perempuan tersebut pergi. Faedah yang dimaksudkan adalah seperti wang ringgit, harta benda atau mungkin juga kemahiran dan kepandaian dalam sesuatu perkara.
-
Berikut adalah pakaian yang sering dipakai oleh nabi : 1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang: jubah ). 2)Kurta nabi ti...
-
"Sempadan" adalah istilah Bahasa Melayu yang merujuk kepada batas atau garis yang memisahkan atau membatasi dua entiti atau wilay...
-
Sejak belajar Darussyifa’, banyak kali didedahkan berkaitan penggunaan air sebagai bahan rawatan. Air yang terbaik ialah air zam-zam, kemu...