Perempuan...
Ada pelbagai sifat perempuan.
Ada yang cantik, gebu, manis, seksi, comel, menggoda, wangi, busuk, masam, pelik, gatal, hangit, tengik dan sebagainya. (boleh tambah sendiri kalau ada idea).
Mungkin perempuan juga makhluk yang misteri. Membuatkan lelaki tertanya-tanya. Itulah kelebihan perempuan yang akan mengeratkan lagi sesebuah hubungan atau ikatan.
Perempuan ibarat sebuah pulau, yang kita belum pasti apakah khazanah yang terkandung di dalamnya.
Ada orang akan menjaga khazanah tersebut sebaik mungkin. Ada pula orang akan merompak dan mencemar kesucian pulau tersebut dan macam-macam lagi.
Perempuan dan dunia amat berkait rapat. Oleh kerana itu, perempuan diibaratkan seperti perhiasan cantik dunia.
Kepada mereka yang terlalu mencintai harta dan dunia, sedarlah bahawa cinta seperti itu amat buruk dan hodoh. Kecantikan yang didambakan tidak akan kekal lama.
Di akhirat, 'dunia' akan datang berupa seorang perempuan yang sudah tua. Lalu dia dicampakkan ke dalam neraka.
Thursday, 11 December 2014
-
Ubah Imej Berambut Panjang: 5 Gaya Dandanan Rambut Pendek Sesuai untuk Semua Bentuk Muka Ramai di antara kita mungkin berfikir dua kali se...
-
Sejak belajar Darussyifa’, banyak kali didedahkan berkaitan penggunaan air sebagai bahan rawatan. Air yang terbaik ialah air zam-zam, kemu...
-
Berikut adalah pakaian yang sering dipakai oleh nabi : 1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang: jubah ). 2)Kurta nabi ti...