Ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu.
Fosil Tulang & Gigi serta Tapak Dinosaur yang ditemui di Gunung Gagau, Tasek Kenyir, Hulu Terengganu.
Selain itu, turut ditemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.
"Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambahan ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
KESAN jejaki kaki Sauropod.
fosil yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun hingga 65 juta tahun itu, membuktikan kewujudan dinosaur di negeri ini satu masa dulu.
"Dua fosil gigi yang ditemui dianggarkan bersaiz 1.5 sentimeter (sm), manakala tapak kaki berukuran lebih 15 sm dan tulang yang tertanam di dalam bongkah batu," katanya.
Beliau berkata, dinosaur spesies Iguanodintid dan Sauropod memakan tumbuhan, manakala Therapod adalah dinosaur pemangsa yang memakan daging.
Fosil jejak kaki Therapod